Tuesday, August 16, 2011

Ibarat Air YAng Mengalir....

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah hari ni sudah menjengah hari ke 16 Ramadhan.. Alhamdulillah DIA masih panjangkan usia kita untuk menikmati indahnya tarbiyah Ramadhan.
HAri ini ana ingin berkongsi tentang sebuah analogi iaitu air yang mengalir :)
Dalam hidup kita ini kadang kala bertemu dengan tipu daya hingga kita rasa nak give up..sebab apa?
sebab kita tahu kekuatan kita dah nak habis..kalo macam bateri HP tu agaknya dah nak 'kong' la kot kan.
Tapi, kita tau perasaan itu adalah perasaan yang negative..ok..itu baru muqadimah :)Berbalik kepada titik utama, bercerita tentang analogi air, Air ni konsepnya ialah memenuhi ruang..dan apabila air kita letakkn dalam satu ruang..ia akan memenuhi ruang itu. Kalau kita masukkan air itu ke dalam cawan, maka air itu akan membentuk cawan,,
tapi kalo kita biarkn air ni terus mengalir,,air ini akan mencari ruang dan memenuhi semua ruang dan akan mengatasi semua halangan dan mencari dimana ruang-ruang kosong yang akan dia pergi..
Air tidak pernah mengalah..takkan terhenti walaupun ada halangan..ia akan terus menerus mengalir, yakni even ada halangan batu sebesar mana tu, akhirnya batu itu akan tertolak keluar dari tempatnya.
Oleh itu, kita mesti jadi air :) (*bukan minta ditukar menjadi air..;)
sebagai contoh: cawan sebagai halangan kita ada ruang di atas cawan itu..maka kalau kita tuangkan air ke dalam cawan,,ia akan naik sehingga penuh dan seterusnyaakan keluar untuk mencari jalan tetapi kalau kita sekadar air yang bertakung,,air akan berhenti sampai setakat dalam cawan itu je..maka kita takkan keluar daripada halangan..jadi, macam mana nak jadi air yang mgalir.?
ALLAH berfirman dlm Surah Az-Zariyaat ayat-58.."Sesungguhny ALLAH pemberi rezeki lagi mempunyia kekuatan yang kukuh'maksudnya..ALLAH lah yang memberikan kita kekuatan dan kekuatan yang ALLAH beri itu adalah kekuatan yang sangat kukuh..
ALLAH bagi kita tenaga dan tenaga ALLAH itu takkan pernah habis..
persoalannya,,adakah kita ni memohon kekuatan kepada ALLAH.?adakah kita menjalani kehidupan kita ni,,kita menjaga hubungan dengan ALLAH agar ALLAH berikan kita kekuatan atau pun kita mencari 'pembantu' selain ALLAH,,itulah penyebabnya kita rasa x bertenaga,,rasa nak give up..
ALLAH berfirman juga dalam surah An-Nisa ayat-139..'Adakah kamu mencari kekuatan daripada orang-orang kafir itu,,sesungguhnya kekuatan itu hanya hadir daripada ALLAH semata-mata'dapatlah kita lihat,,sumber tenaga kita adalah ALLAH,,maka adakah kita mencari atau mengambil sumber itu.?menjadi air yang mengalir,,adakah tenaga kita akan habis.?maka kita kena balik kepada ALLAH..minta kekuatan kepada DIA..sebab ALLAH lah sebaek-baek nya tempat kita mengadu..
Wallahu'alam.
Copy paste from sahabat.

Ibarat Air Yang Mengalir

Friday, August 5, 2011

Hadis 1

Segalanya bermula dengan niat.
Baik niat kita, insyaAllah..
baik la perkara yang ingin kita laksanakan itu.

Jika niat kita ingin berubah,
niatlah ingin berubah keranaNYA.
Bukan kerana hambaNYA..
Jika kita mahu berubah..
laksanakan perubahan sebelum kita terlambat.
Langkah kita di dunia tiada siapa tahu titik noktahnya.
Hanya DIA Maha Mengetahui segalanya.

Sempena Ramadhan Al-Mubarak..
Ayuh sama-sama kita tingkatkan amalan untuk 
berubah menjadi hambaNYA 
yang baik mengikut defenisi Al-Quran dan As-Sunnah..
bukan baik sekadar di mata manusia.
Defenisi 'baik' bagi manusia terlalu bervariasi.

Ayuh,
Lets change for good.
Changing for good ain't a crime,

Jangan lambat untuk berubah.

" The men who decided to change on the 12th hour dies on the 11th."

moga kita tidak menjadi orang yang rugi disaat DIA telah memberikan
kita ruang masa untuk berubah.

" Nak buang tatu di kulit pun dah pedih apatah lagi nak buang dosa di hati."

Wednesday, August 3, 2011

I LOVE YOU, RAMADHAN!!

Assalamualaikum,
here is a vid of AimanAzlan
talking about the Ramadhan,
please click and enjoy the vid+ get the input for ourselves for this Ramadhan.

May Allah bless
Happy Ramadhan.
^_____^

Saturday, June 25, 2011

WITHOUT YOU

Softly you called to me
Across the space between
Across eternity
Where love winds a path unseen

Out of the wilderness
You beckoned my every step
I stumbled sometimes and yet
I never once looked back

‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

Like a heart between beats
I would feel nothing you see
If you took your love from me
I don’t know what more would life mean?

I’d use my final breath
To call out your name and let
That breath upon the breeze
Rise like a kiss to thee

So you might see
Just what your love has meant to me
And what the cost of losing you would be
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

-Sami Yusuf-
without You

Tanpa DIA siapalah kita,
tanpa DIA dimana lah kita..
Kita teramat memerlukannya,
namun DIA sebenarnya tidak pun memerlukan kita.
Kadangkala kita leka tidak membalas 'panggilan'NYA..
Kita angkuh meningkah dan menapak dengan bongkaknya di bumi ciptaanNYA.
Siapa kita untuk bermegah dibumi ini?
mendabik dada bermegah dengan harta yang sedikit cuma
Ayuh,
koreksi diri kita..

Thursday, June 23, 2011

apakah respon anda bila ada insan yg anda tegur sbb buat perkara non-baik dia jeling sedas dan marah2? dan dia cakap, "ko peduli apa, kubur asing."

apakah respon anda bila ada insan yg anda tegur sbb buat perkara non-baik dia jeling sedas dan marah2?dan dia cakap, "ko peduli apa, kubur asing."

Answer here

wats ur favret way of dakwah ? straight yet cynical ? ;)

wats ur favret way of dakwah ? straight yet cynical ? ;)

Answer here

Wednesday, June 22, 2011

LUGHATUL 'ARABIYAH

Bahasa Arab adalah bahasa terpenting untuk dipelajari kerana ianya adalah Bahasa AlQuran. Ramai yang ingin mempelajarinya tetapi tidak berpeluang kerana faktor masa, keadaan kerja, kefahaman yang kurang dan sebagainya. Maka di sini saya ingin berkongsi beberapa link yang dapat anda terokai sendiri dan mula belajar asas-asas dalam Bahasa Arab

Semoga dengan apa yang sedikit kami kongsikan ini dapat dimanfaatkan untuk semua.
Jazakallah.

p/s; Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen di bawah entry ini.

Wednesday, February 2, 2011

Riadah Mahabbah

Assalamualaikum, tebarkan salam sebarkan Islam :)

Alhamdulillah, dengan rasa syukur kepada Allah Taala di atas kebesaran dan kasih sayangnya, program Riadah Mahabbah Islamic Friendship Society telah berjaya diadakan 23 Januari 2011 (Ahad) . Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan semua peserta mula berkumpul di hadapan Surau Ar-Raudhah dan peserta muslimin melakukan senaman ringan di kawasan yang berdekatan. Kehadiran seramai 25 orang ikhwah dan 200 orang akhawat telah memecah kesunyian diawal pagi di mana sang suria masih malu-malu untuk “menjelmakan’ diri. Program Riadah Mahabbah ini dibahagikan kepada dua kumpulan besar ikhwah & akhwat dan menjalani aktiviti yang berbeza

Tarbiyyah Jungle Trekking telah dilaksanakan oleh kumpulan ikhwah manakala aktiviti SukanekaSrikandi telah dilaksanakan oleh kumpulan akhwat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mencabar sedikit stamina masing-masing yang selama ini . Maha suci Allah,namun, kudrat empat kerat yang selama ini ‘dijaga’ dengan baik telah digunakan untuk menikmati keagungan ciptaan Allah yang paling berkuasa di atas penciptaan alam semesta ini. Alam sumber tarbiyyah..

Akhirnya, tentang perlunya diperbetulkan niat tentang kehadiran kita semua ke sini, keduanya tentang nilaian ukhuwwah sesama kita untuk melahirkan mahabbah dan rahmah dan ketiga tentang perlunya banyak beristigfar kepada Allah yang maha Esa sebagai neraca hidup kita di atas muka bumi ini. Semuga bermanafaat untuk muhasabah diri. Riadah Mahabbah berakhir pada jam 12 tengahari dan bersurai…

Insyaallah ketemu di program riadah yang akan datang… semoga Allah memberkati kita semua…

Disini sempat kami rakamkan gambar sepanjang aktivi Riadah Mahabbah dijalankan ;D

Gambar selebihnya?? sila lawat page facebook kami :)

Friday, December 3, 2010

4 PERINGKAT YG BOLEH MEROSAKKAN HATi

4 PERINGKAT YG BOLEH MEROSAKKAN HATI...Jagalah hati dari empat tingkat dosa ini...!!!

Pernah dengar?Imam Ghazali pernah berkata; "Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru."

Saya sudah jelaskan tentang permasalahan titik-tiik hitam yang akan sentiasa ada dalam hati kita dalam POST INI. Kita tahu apabila kita buat satu kejahatan akan tumbuh satu titik hitam dalam hati kita. Dalam post ni, dengan merujuk satu sumber yang saya rasa penting untuk dikongsikan bersama, saya nak tunjuk tingkatan-tingkatan dosa, tahap-tahap dosa. Cuba kita nilai kita sedang berada di tahap yang mana.

peringkat2 hati

4 TAHAP YANG BOLEH MEOSAKKAN HATI :-

1) Rasa bersalah dengan dosa

Ha, if first time buat dosa, akan timbul rasa menyesal, rasa bersalah, berdosa, ber ber ber lagilah kan? Jiwa kita resah sebab kita dah buat dosa melawan syariat/ undang-undang. Menurut pakar psikologi, setiap kali seseorang melakukan kesalahan of something, manusia ni akan diserang dengan rasa "guilt conscience". Means, sebagai contoh, sorang muslimin TERpegang tangan seorang wanita. Eh, tak pernah2 TER tiba-tiba terjadi pula. Sedangkan dia tahu perbuatan dia salah. Then mesti ada rasa guilty yang amat sangat sebab kita dah melakukan sesuatu kesalahan mahupun dosa yang kita tak pernah buat selama ni. We keep thinking how to get rid of the feeling. Seterusnya akan menimbulkan perasaan yang unwanted. Sangat tak selesa!

2) Rasa biasa dengan dosa

BUT, rasa bersalah jiwa resah gelisah ni tak lama. Bila kita buat kesalahan/dosa ni secara berterusan maybe untuk kedua kalinya or ketiga kalinya or berkali-kali, kita akan rasa biasa je dengan semua tu. Hari ni terpegang tangan perempuan, esok lusa TERbuat lagi. Berapa kali TER sampai membuang rasa bersalah dalam diri seseorang tu. If tahap pertama, bila kita menyesal kita akan menangis ingat balik semua tu, but berada pada tahap ini, air mata lansung dah tak turun mengalir sebab rasa biasa je even TER banyak kali pun. Kalau dulu pegang tangan je bila salam dengan perempuan bukan muhrim rasa macam kene renjatan elektrik tapi bile dah banyak2 kali buat, banyak2 kali salam dah rasa macam salam2 semua tu biasa je lah.Sedangkan dia tahu kepala yang tertusuk besi yang panas itu lebih baik daripada menyentuh perempuan yang bukan muhrim.

3) Rasa seronok dengan dosa

Dosa itu racun yang dah pun disalut kemanisan dan keindahan. Okey tahap ni, diri kita sendiri yang nak cari peluang untuk buat dosa/kesalahan. Rasa best bila buat kemungkaran, ketagih dengan maksiat akan terus membelenggu hati. Racun dosa tadi dah kita anggap nikmat. Tidak ada lagi rasa bersalah. No no no. Tiba-tiba saja je nak pegang tangan anak dara orang yang bukan muhrim. Sebab rasa macam best je buat macam tu. Oh, berjaga-jaga tingkatan hati pada tahap ini sudah memasuki zon berbahaya!

4) Jadi pembela kepada dosa

Nafsu itu sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan. Walaupun memang dirasakan begitu tapi kita tidak cukup kuat untuk menentang keinginan nafsu. Keseronokan melakukan dosa akan membuatkan perilakunya turut menjadi pembela dan pejuang kepada dosanya. Dosa akan dipromosikan sebagai suatu benda yang indah. Tengok saje dalam drama-drama, movie-movie yang kerap kali mempamerkan adegan berpegangan tangan (yang bukan muhrim) , sebab rasa benda tu tak salah, adegan wajib tayang. Adegan biasa lah tu. Dosa yang dipromosikan membuat hati semakin lalai....

Ingatlah, hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah. Dosa itu akan mengundang resah dalam jiwa. Ha, if ada rasa resah or tak tenang ke sepanjang kehidupan kita, baiklah kita kembali mengenal hati kita. Sihat atau tidak? Boleh ikuti tips-tips ini. =) >>> http://dirikudrcinta.blogspot.com/2010/10/tips-meraih-cinta-allah.html

Lastly, kita kena tahu HATI kita ini sifatnya berbolak-balik. Kadang-kadang kita rasa iman naik kadang-kadang turun. Sekelip mata manusia boleh jadi baik sekelip mata juga manusia boleh betukar sebaliknya. Jagalah hati anda, hati kita, hati bersama.

Waallahu'alam~

brought to you by : jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)

Ahlan Wasahlan ke Blog Rasmi Islamic Friendship Society
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh

Ya Allah, ikatkanlah hati-hati kami untuk berkasih sayang kerana Engkau dan satukanlah hubungan hati ini sehingga ke akhir hayat kami. Ya Allah, permudahkanlah urusan dunianya agar mudah pula urusan akhiratnya. Teguhkanlah hati kami dan himpunkanlah kami menjadi hamba-hamba Mu yang taat kepada Mu. Ameen ya Rabb.

Photobucket