Friday, December 3, 2010

4 PERINGKAT YG BOLEH MEROSAKKAN HATi

4 PERINGKAT YG BOLEH MEROSAKKAN HATI...Jagalah hati dari empat tingkat dosa ini...!!!



Pernah dengar?Imam Ghazali pernah berkata; "Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru."

Saya sudah jelaskan tentang permasalahan titik-tiik hitam yang akan sentiasa ada dalam hati kita dalam POST INI. Kita tahu apabila kita buat satu kejahatan akan tumbuh satu titik hitam dalam hati kita. Dalam post ni, dengan merujuk satu sumber yang saya rasa penting untuk dikongsikan bersama, saya nak tunjuk tingkatan-tingkatan dosa, tahap-tahap dosa. Cuba kita nilai kita sedang berada di tahap yang mana.

peringkat2 hati

4 TAHAP YANG BOLEH MEOSAKKAN HATI :-

1) Rasa bersalah dengan dosa

Ha, if first time buat dosa, akan timbul rasa menyesal, rasa bersalah, berdosa, ber ber ber lagilah kan? Jiwa kita resah sebab kita dah buat dosa melawan syariat/ undang-undang. Menurut pakar psikologi, setiap kali seseorang melakukan kesalahan of something, manusia ni akan diserang dengan rasa "guilt conscience". Means, sebagai contoh, sorang muslimin TERpegang tangan seorang wanita. Eh, tak pernah2 TER tiba-tiba terjadi pula. Sedangkan dia tahu perbuatan dia salah. Then mesti ada rasa guilty yang amat sangat sebab kita dah melakukan sesuatu kesalahan mahupun dosa yang kita tak pernah buat selama ni. We keep thinking how to get rid of the feeling. Seterusnya akan menimbulkan perasaan yang unwanted. Sangat tak selesa!

2) Rasa biasa dengan dosa

BUT, rasa bersalah jiwa resah gelisah ni tak lama. Bila kita buat kesalahan/dosa ni secara berterusan maybe untuk kedua kalinya or ketiga kalinya or berkali-kali, kita akan rasa biasa je dengan semua tu. Hari ni terpegang tangan perempuan, esok lusa TERbuat lagi. Berapa kali TER sampai membuang rasa bersalah dalam diri seseorang tu. If tahap pertama, bila kita menyesal kita akan menangis ingat balik semua tu, but berada pada tahap ini, air mata lansung dah tak turun mengalir sebab rasa biasa je even TER banyak kali pun. Kalau dulu pegang tangan je bila salam dengan perempuan bukan muhrim rasa macam kene renjatan elektrik tapi bile dah banyak2 kali buat, banyak2 kali salam dah rasa macam salam2 semua tu biasa je lah.Sedangkan dia tahu kepala yang tertusuk besi yang panas itu lebih baik daripada menyentuh perempuan yang bukan muhrim.

3) Rasa seronok dengan dosa

Dosa itu racun yang dah pun disalut kemanisan dan keindahan. Okey tahap ni, diri kita sendiri yang nak cari peluang untuk buat dosa/kesalahan. Rasa best bila buat kemungkaran, ketagih dengan maksiat akan terus membelenggu hati. Racun dosa tadi dah kita anggap nikmat. Tidak ada lagi rasa bersalah. No no no. Tiba-tiba saja je nak pegang tangan anak dara orang yang bukan muhrim. Sebab rasa macam best je buat macam tu. Oh, berjaga-jaga tingkatan hati pada tahap ini sudah memasuki zon berbahaya!

4) Jadi pembela kepada dosa

Nafsu itu sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan. Walaupun memang dirasakan begitu tapi kita tidak cukup kuat untuk menentang keinginan nafsu. Keseronokan melakukan dosa akan membuatkan perilakunya turut menjadi pembela dan pejuang kepada dosanya. Dosa akan dipromosikan sebagai suatu benda yang indah. Tengok saje dalam drama-drama, movie-movie yang kerap kali mempamerkan adegan berpegangan tangan (yang bukan muhrim) , sebab rasa benda tu tak salah, adegan wajib tayang. Adegan biasa lah tu. Dosa yang dipromosikan membuat hati semakin lalai....

Ingatlah, hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah. Dosa itu akan mengundang resah dalam jiwa. Ha, if ada rasa resah or tak tenang ke sepanjang kehidupan kita, baiklah kita kembali mengenal hati kita. Sihat atau tidak? Boleh ikuti tips-tips ini. =) >>> http://dirikudrcinta.blogspot.com/2010/10/tips-meraih-cinta-allah.html

Lastly, kita kena tahu HATI kita ini sifatnya berbolak-balik. Kadang-kadang kita rasa iman naik kadang-kadang turun. Sekelip mata manusia boleh jadi baik sekelip mata juga manusia boleh betukar sebaliknya. Jagalah hati anda, hati kita, hati bersama.

Waallahu'alam~

brought to you by : jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)

Thursday, November 4, 2010

Ma'at Taufiq Wan Najah

Assalamualaikum semua :)

Islamic Friendship Society

mengucapkan selamat menempuh peperiksaan sumatif kepada semua pelatih Kolej Sains Kesihatan Sg. Buloh


mengejar impian itu memang memenatkan, kadangkala mengundang putus asa, hakikatnya yg penat itulah bakal memberi pulangan yang berharga..
Bittaufiq wan najah fi dunya wa akhirah..
all the best for imtihan :)



DOA-DOA DI MUSIM PEPERIKSAAN- SEMOGA BERJAYA DUNIA & AKHIRAT




-Doa memulakan ulangkaji


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


Doa selepas mengulangkaji


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.


Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

Ketika memasuki dewan peperiksaan


وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا


Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Ketika menerima kertas soalan:


قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.


Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Ketika sukar menjawab:


ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.


Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.


Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Jika anda terlupa jawapan:


اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.


Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

Wednesday, September 29, 2010

Talkshow "Tribute Buat Hati"

Bismilahirrahimanirrahim..

IFS MEMPERSEMBAHKAN

Tribute Buat Hati <3

INDAHNYA HATI SAAT DICINTAI..
BAHAGIANYA HATI WAKTU DIKASIHI..
SAKITNYA HATI BILA DILUKAI..
PEDIHNYA HATI KETIKA DIBIAR SENDIRI..


Tarikh: 5 Oktober 2010 (Selasa)
Masa: 9.00pm-11.00pm
Tempat; Surau Ar-Raudhah KSKB Sg. BulohModerator: Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid (penulis novel Tribute Buat Nenda)


JOM SAMA-SAMA MENCARI SOLUSI BERSAMA DOKTOR HATI!!!


DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI :

Sunday, September 26, 2010

Jemputan ke Jamuan Hari Raya Islamic Friendship Society 2010


Bismilahirrahimanirrahim..

Jamuan Hari Raya Islamic Friendship Society 2010 akan diadakan pada 30 September 2010 bertempat di Kafeteria Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh pada pukul 5.00 petang

Semua ahli IFS dijemput hadir untuk memeriahkan majlis :)


Kullu’am wa antum bikhair..
“Semoga sepanjang tahun ini, kamu berada dalam kebaikan”

Sunday, September 12, 2010

Salam Aidilfitri Minal 'aidin wal fa'izin.. :)

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua pelatih-pelatih Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh especially ahli-ahli IFS yang disayangi :)

Kami pimpinan IFS bagi sesi 2010/2011 ingin memohon kemaafan diatas segala kekhilafan, kekurangan..

Ketenangan itu milik hati-hati yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan
orang yang banyak menderita
jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kekusahan akan selalu mengingati Allah
Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar dan tabah menghadapinya pasti ada kemenagan yang menanti..

"Taqabbalallahu minna waminkum, taqabbal minhu Ya Kareem"

Moga-moga Allah terima amalan kita dan amalan kalian..
Alhamdulillah Syawal yang datang kita raikan..
Moga dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan yang akan datang
Moga hidup kita sentiasa diberkati Allah

Salam Aidilfitri 1431H
daripada Islamic Friendship Society :)

Sunday, August 8, 2010

Kenangan Sepanjang MPI "Ramadhan Madrasah Tarbiah"

Bismilahirrahimanirrahim..
Alhamdulillah kami sempat merakam beberapa kenangan dalam setiap aktiviti MPI pada semester kali ini.. Harapan kami agar setiap aktiviti mampu mentarbiah para pelatih, bersesuaianlah dengan tema MPI kali ini "Ramadhan Madrasah Tarbiah" insya Allah..


Malam Untukmu Palestin
bersama Ustaz Norazman, sukarelawan Life Line For Gaza (LL4G)



Pengurusan Jenazah
bersama Ust. Wira






Tahsin solat
bersama Ust Zamri






Pameran & Jualan



Indoor Games Muslimat




Malam Penutup MPI




Festival Nasyid Muslimin


Program Farmasi

Program Perubatan Terapi Carakerja

Program Fisioterapi

Program Pegawai Kesihatan Persekitaran

Program Radiografi & Radioterapi

Sketsa Islamik Anbu Production





Jadilah Mujahid yg Abid,bukan Abid yg Mujahid

Bismilahirrahimanirrahim..

Ahlan wasahlan wa marhaban ya Ramadhan..

"Ya Allah, panjangkanlah umur kami, supaya dapat kami mengecap nikmat Ramadhan tahun ini". Tidak putus-putus doa itu saya ucapkan, mudah-mudahan dapat saya mengecap nikmat berdampingan dengan Tuhan Yang Maha Pengasih dalam bulan yang paling dinanti-nantikan kami.

Pada bulan ini kami umat Islam akan sama-sama mengerjakan ibadat puasa yang menjadi sendi kepada Rukun Islam. Berpuasa pada kami merupakan satu nikmat yan tidak dapat untuk dibayangkan lantaran itulah tandanya kami mencintai Tuhan kami dengan menunaikan segala perintahnya; meski susah atau sempit.

Bagi kami umat Islam, kami mengerjakan ibadat tanpa melihat kepada kebaikan yang bakal diperolehi, sebaliknya kami akan mengerjakan semuanya tanpa mengira baik atau buruk sekiranya ia datang daripada Tuhan kami. Namun yang perlu jelas ialah segala arahan yang dikeluarkan oleh Allah SWT melalui utusannya yang mulia ternyata semuanya memberi kebaikan yang melimpah kepada kami. Ibadat puasa bukan sahaja menjadi amalan khusus untuk umat Islam, malah begitu juga halnya penganut agama lain. Cuma yang membezakan Islam dengan yang lain ialah kami ada satu bulan yag dikhususkan untuk berpuasa iaitu bulan Ramadhan. Malah dalam beberapa konteks, kaedah berpuasa umat Islam ada sedikit berbeza dengan penganut agama lain.

Saya berani untuk menyatakan ibadat ini tidak menyusahkan apabila ramai kanak-kanak kecil yang baru mencecah umur 7 tahun mampu untuk menahan lapar di siang hari sebulan lamanya, dengan wajah yang masih mampu tersenyum ria.

Namun, ada satu gejala yang kurang manis manis menimpa umat Islam. mereka ternyata lebih ghairah untuk mengerjakan ibadat semahu-mahunya dalam bulan ini tetapi tidak mengekalkan mutunya pada bulan-bulan yang lain. Tidak mengapa jika mutu itu tidak setanding, namun malangnya mutu sebelum dan selepas Ramadhan adalah sangat jauh bezanya dengan mutu di bulan Ramadhan. Lalu, saya sedikit tertanya-tanya. Apakah umat Islam beribadat kerana Ramadhan atau kerana Tuhan yang menjadikan Ramadhan?

Saya sedikit terperanjat dengan kemampuan beberapa kawan saya mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh sebulan Ramadhan. Saya juga terperanjat apabila malamnya padat dan penuh dengan ibadat berpanjangan, serta zikir yang membasahi bibir. Namun sebelum Ramadhan, ia tidak sebegitu. Malah, sehari selepas Ramadhan, ia terus transform hampir totally.

Saya tidaklah seperti Ibnu al-Qayyim yang keras dalam bab sebegini, Namun saya tidak mahu kelembutan al-Ghazali akan menyebabkan ramai yang terleka. Saya berpandangan, alangkah kontangnya ibadat bulan Ramadhan yang hanya terfokus kepada Ramadhan semata-mata, tetapi langsung tidak mempunyai semangat istiqamah dan berlandaskan ilmu yang tinggi. Islam bukan terhasil dengan ibadat khususiah semata-mata.

Solat bukan melambangkan Islam, begitu juga puasa. Tahajjud tidak menggambarkan kesolehan seseorang, begitu juga hafiz al-Quran tidak menggambarkan insan yang unggul.. Islam bukan sekadar itu sahaja, malah Islam adalah sesuatu yang sangat luas, mencakupi segenap perkara. Islam bukan sahaja puasa, malah Islam juga jihad. Islam bukan sahaja pada bulan Ramadhan, malah Islam juga agama untuk Safar.


Umat Islam terus-menerus mengejar keberkatan Malam al-Qadr, tetapi malam yang lain hambar sahaja. Saya semakin keliru, keberkatan al-Qadar ke yang dicari, atau Rahmat Ilahiyah? Namun saya sedikit gusar jika ada yang salah faham. Sahabat-sahabat mesti jelas, memang ada anjuran memperbanyakkan ibadat di bulan Puasa dan di malam-malam ganjil, namun janganlah hal tersebut menyebabkan kita alpa dan tenggelam dengan janji-janji pahala sehingga kita termasuk dalam golongan abid tetapi jahil.

Tanda orang-orang jahil adalah membaca al-Quran selaju mungkin untuk dikhatamkan dalam sebulan. Tanda orang-orang jahil adalah mengerjakan ibadat tanpa putus tetapi terus merudum selepas Ramadhan. Tanda orang jahil adalah berzikir tanpa putus tetapi meninggalkan gerak kerja Islam.

Ayyuhal Muslimun, memang benar Ramadhan bulan ibadat, dan para ulama mengkhususkan bulan ini untuk ibadat. Tetapi, saya nak menjelaskan di sini, bahawa kadang-kadang ibadat kita perlu melihat kepada realiti semasa. Dalam keadaan Islam ditekan begitu berat, apakah kita masih lagi ingin menghabiskan banyaknya masa kita dengan solat dan zikir semata-mata dengan meninggalkan amal-amal Islami yang menjadikan kita mulia. Seorang sahabat saya berkata: "Wajah ulama' yang berseri bukanlah disebabkan banyaknya amal ibadat, tetapi kerana seriusnya mereka berjihad pada jalan Allah SWT tanpa putus-putus" .

Kita perlu mencermati dan menekuni pesanan-pesanan nabi SAW bahawa ibadat yang berbaur kejahilan tidaklah begitu bererti jika dibandingkan dengan ibadat yang diiringi ilmu yang mendalam. Malah, si faqih lebih mulia dan tinggi darjatnya berbanding si alim mengikut pandangan Al-Qaradhawi. Ini kerana si alim melihat dengan mata sedangkan faqih melihat dengan mata dan hati. Pandangan mereka lebih jauh menjangkau ke dalam berbanding si alim yang hanya gah luaran tetapi kotor dalamannya. Saya bermaksud di sini, orang alim yang hatinya busuk, yang dikatakan tergolong dalam tiga golongan awal masuk ke dalam neraka bersama mujahid yang mencari nama dan pembaca al-Quran yang mencari gelar mulia. Alim sebegini hanya mencari nama agar mereka dapat setanding dengan para ulama' dan dapat memperlekehkan sang juhala'. Maka, jika dikatakan alim pun boleh terjerumus ke dalam kancah kehinaan dan lumpur-lumpur kekotoran lantaran terpengaruh dengan kehendak nafsu yang menelan, maka apatah lagi sang abid yang dicelarukan dengan kurangnya ilmu dan kefahaman.

Justeru, Umar Abdul Aziz tegas menyatakan amalan bertambun tanpa kefahaman lebih banyak merosakkan berbanding mengelokkan. Ramadhan sepatutnya dijadikan sebagai training ground kepada semua aktivis mahasiswa dan penggerak jentera mahasiswa muslim untuk merealisasikan jihad dalam Medan yang sebenenar. Tidak boleh dijadikan keletihan dan kelaparan sebagai satu sebab menolak perjuangan malah tidak boleh dijadikan alasan bulan Ibadah untuk memperlahankan gerak kerja. Telah saya jelaskan, zaman yang kucar-kacir ini menuntut mujahid yang abid bukannya abid yang mujahid.

Sekarang merupakan era yang berbeza sama sekali dengan zaman al-Syafei yang boleh menumpukan sepenuhnya kepada ibadah dan menekuni bacaan al-Quran. Saya tidak pernah berniat untuk menterjemahkan kematian saya dalam keadaan saya bersujud dalam tahajjud tidak. Saya tidak berdoa sama sekali untuk meninggalkan dunia yang fana ini dalam keadaan saya sakit yang membawa kepada maut. Malah, bagi saya, doa yang saya pinta dan pohon adalah kematian dalam bentuk perjuangan mati syahid dalam menggapai redha Allah SWT. Ramadhan bagi saya memang bulan khusus buat umat Muhammad tetapi tidak pernah saya nafikan bulan lain juga sebagai bulan ibadat.


Tidak pernah saya terfikir ingin terlalu mencari lailatul qadr sehingga mengetepikan kekuatan malam-malam yang lain. Benar, Ramadhan sangat mulia. Benar, lailatul qadr sangat mulia. Namun kemuliaannya tidak pernah membuatkan saya hanya memperbanyakkan amal ibadat sehingga peringkat maksimum kemudiannya terus longlai di hari yang lain.

Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Bersedia Menyambut Bulan Ramadhan, mudah-mudahan Ramadhan tahun ini akan memberikan 1001 rahmat kepada kita semua. Juga, Selamat Datang Wahai Bulan yang kami nanti-nantikan. Kami akan menyambut dan mendakapmu dengan penuh keikhlasan dan api kerinduan. Wahai Tuhan, hantarlah tentera-tentera Malaikat yang pernah membantu di Badr al-Kubra di bulan mulia ini supaya dengan itu dapatlah kami memenangkan agamamu meskipun jiwa kami bakal terkorban sekalipun. Allahumma ameen, Ya Rabbal-'Alamin…

Article by Mohd Dzulkhairi B Mohd Noor (http://www.iluvislam.com)

Saturday, August 7, 2010

Syukran Jazilan atas sokongan anda :)

Bismilahirrahimanirrahim..

Assalamualaikum..
Ucapkan salam sebarkan Islam..

Alhamdulillah selesai sudah Minggu Penghayatan Islam pada semester kali ini.. Mohon kemaafan diatas segala kekurangan.. Kelebihan itu semua datangnya daripada Allah dan sebaliknya adalah kelemahan kami sendiri..insya Allah akan mempertingkatkan mutu MPI pada semester yang akan datang..

Terima kasih kepada MT-MT, exco-exco, ajk-ajk sukarelawan yang berhempas pulas untuk menjayakan MPI kali ini.. Moga Allah redha dengan usaha kita untuk memperjuangkan agama Allah.. ameen ya Rabb..

Syukran Jazilan kepada barisan mantan-mantan MT IFS dan MPP yang turut menyokong MPI pada kali ini..kami sangat berbesar hati atas kesudian kalian :)

Sepanjang MPI berlansung banyak aktiviti bermanfaat( insya Allah) telah dijalankan.. Sesuailah dengan tema MPI kita kali ini
Ramadhan Madrasah Tarbiah mengharapkan setiap aktiviti yang dijalankan mampu mentarbiah diri pelatih-pelatih KSKB..

Antara aktiviti yang dijalankan dan alhamdulillah mendapat sambutan ialah Ceramah Untukmu Palestin oleh Ust Norazman merupakan sukarelawan LL4G, Pengurusan Jenazah oleh Ust. Wira, Tahsin Solat oleh Ust. Zamri, Indoor Games Muslimat, Festival Nasyid Muslimin, Pertandingan Kuiz Agama, dan pada malam penutupan telah dipersembahkan Sketsa Islamik kerjasama daripada Kelab Teater Anbu Production..alhamdulillah mendapat sambutan yang memberansangkan..

Terima Kasih diatas sokongan anda semua.. Moga terus menyokong setiap aktiviti yang dijalankan.. selain sibuk mengumpul jam kredit dunia..insya Allah jam kredit akhirat ter'top up' juga..

Jumpa pada MPI seterusnya.insya Allah..stay tuned :D

Salam Ukhuwwah daripada
Islamic Friendship Society.. :)

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak





Ahlan Wasahlan ke Blog Rasmi Islamic Friendship Society
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh


Ya Allah, ikatkanlah hati-hati kami untuk berkasih sayang kerana Engkau dan satukanlah hubungan hati ini sehingga ke akhir hayat kami. Ya Allah, permudahkanlah urusan dunianya agar mudah pula urusan akhiratnya. Teguhkanlah hati kami dan himpunkanlah kami menjadi hamba-hamba Mu yang taat kepada Mu. Ameen ya Rabb.

Photobucket