Assalamualaikum, tebarkan salam sebarkan Islam :)
Alhamdulillah, dengan rasa syukur kepada Allah Taala di atas kebesaran dan kasih sayangnya, program Riadah Mahabbah Islamic Friendship Society telah berjaya diadakan 23 Januari 2011 (Ahad) . Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan semua peserta mula berkumpul di hadapan Surau Ar-Raudhah dan peserta muslimin melakukan senaman ringan di kawasan yang berdekatan. Kehadiran seramai 25 orang ikhwah dan 200 orang akhawat telah memecah kesunyian diawal pagi di mana sang suria masih malu-malu untuk “menjelmakan’ diri. Program Riadah Mahabbah ini dibahagikan kepada dua kumpulan besar ikhwah & akhwat dan menjalani aktiviti yang berbeza
Tarbiyyah Jungle Trekking telah dilaksanakan oleh kumpulan ikhwah manakala aktiviti SukanekaSrikandi telah dilaksanakan oleh kumpulan akhwat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mencabar sedikit stamina masing-masing yang selama ini . Maha suci Allah,namun, kudrat empat kerat yang selama ini ‘dijaga’ dengan baik telah digunakan untuk menikmati keagungan ciptaan Allah yang paling berkuasa di atas penciptaan alam semesta ini. Alam sumber tarbiyyah..
Akhirnya, tentang perlunya diperbetulkan niat tentang kehadiran kita semua ke sini, keduanya tentang nilaian ukhuwwah sesama kita untuk melahirkan mahabbah dan rahmah dan ketiga tentang perlunya banyak beristigfar kepada Allah yang maha Esa sebagai neraca hidup kita di atas muka bumi ini. Semuga bermanafaat untuk muhasabah diri. Riadah Mahabbah berakhir pada jam 12 tengahari dan bersurai…
Insyaallah ketemu di program riadah yang akan datang… semoga Allah memberkati kita semua…
Disini sempat kami rakamkan gambar sepanjang aktivi Riadah Mahabbah dijalankan ;D
No comments:
Post a Comment