Saturday, July 24, 2010

Minggu Penghayatan Islam (MPI) 2010

AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG MINGGU PENGHAYATAN ISLAM

RAMADHAN MADRASAH TARBIAH


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian, mari kita memeriahkan Minggu Penghayatan Islam (MPI) yang akan berlansung pada 30 Julai sehingga 1 Ogos 2010. Insya Allah banyak aktiviti yang bermanfaat.. Semua pelatih dan kakitangan dijemput hadir :)
Jam kredit akan diperuntukkan.. Tunggu apa lagi mari menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan.. Syukran Jazilan..

TARIKH

TEMPAT

MASA

AKTIVITI

30/7/2010-

1 /8/2010

(JUMAAT- AHAD)

Sekitar kawasan Surau Ar- Raudhah

8.00 pg – 10.30 mlm

· Pameran

· Jualan

30/7 /2010

(JUMAAT)

Surau Ar- Raudhah

8.00 mlm

· Ceramah Review Untukmu Palestin oleh Ust. Norazman

(Ketua rombongan misi ke Gaza)

31 / 7 /2010

(SABTU )

Surau Ar - Raudhah

5.00 pg

· Qiamulail

8.00 pg

· Pengurusan Jenazah oleh

Ust. Wira

2.00 ptg

· Pertandingan Kuiz

9.00 mlm

· Tayangan Muhasabah

1 /8/2010

(AHAD )

Surau Ar-Raudhah

8.00 pg

· Tahsin Solat oleh

Ust Zamri TV9

2.00 ptg

· Indoor Games Muslimat

Auditorium KSKB

8.00 mlm

· Malam Penutup MPI

· Festival Nasyid Muslimin

· Sketsa ISlamik Anbu Production

· Penyampaian hadiah

· Jamuan




Tuesday, July 20, 2010

Sukarelawan Minggu Penghayatan Islam (MPI)


Sukarelawan Minggu Penghayatan Islam

Bersempena Minggu Penghayatan Islam (MPI) yang akan diadakan pada 30, 31 hb Julai dan 1hb Ogos. IFS sedang mencari sukarelawan-sukarelawan untuk turut membantu dalam setiap aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Minggu Penghayatan Islam. Satu perjumpaan akan diadakan pada:

TARIKH: 21 Julai 2010 (Rabu)
Tempat: DK 12 KSKB
Masa: 5.00ptg

Pelatih-pelatih yang berminat dijemput hadir..
Jam kredit disediakan, insya Allah..

Friday, July 16, 2010

Sejarah Penubuhan IFS


Bismilahirrahimanirrahim..

Apa itu IFS?? Hah IFS apa tu?? IFS adalah singkatan untuk Islamic Friendship Society.Hah mesti nak tahukan sejarah penubuhan Islamic Frienship Society. IFS diasaskan oleh saudari Kasumawati bt Md. Mokhtar, yang merupakan bekas pelatih Pen. Peg. Farmasi yang aktif dalam menjalankan pelbagai program keagamaan.Kesinambungan daripada usaha beliau untuk meneruskan aktiviti seperti ini, beliau mengambil inisiatif untuk mempelawa seluruh warga KSKB tidak kira usia, bangsa & agama untuk menyertai persatuan ini .

Antara objektif-objektif IFS ini ditubuhkan adalah untuk

1. Melahirkan semangat kepimpinan di kalangan ahli-ahli dari setiap program di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh.
2. Menggembeling tenaga semua warga KSKB untuk mengambil peranan positif dalam usaha membentuk serta memajukan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
3. Melahirkan generasi baru yang kuat pegangan agama, berdisplin, setia dan bersatu.
4. Berusaha mengadakan kegiatan bagi melahirkan belia dan beliawanis yang memiliki kesedaran hidup mencakupi bidang agama, sosial, kemasyarakatan, sukan, pendidikan dan ekonomi.
5. Membina ukhuwwah antara pensyarah, pelatih dan juga masyarakat..


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan


Minggu Penghayatan Islam (MPI)
Minggu Srikandi
Rehlah
Riadah
Kursus Perkahwinan
Aktiviti Kemasyarakatan
Ceramah/ kuliah aktiviti mengimarahkan surau.
Menghasilkan flyers/ pamplet IFS "FIKRAH ISLAMIAH" pada setiap hari Jumaat
Mengeluarkan Buletin IFS "KEMBARA WASILAH" pada setiap bulan
Iftar Jami'e pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan
Aktiviti-aktiviti di bulan Ramadhan al-Mubarak
Kuliah Jumaat Muslimat bersama Ustazah Latipah Md. Yasin
Kumpulan-kumpulan usrah:
QURANIC GROUP (muslimin) & ISLAMIC GENERATION (muslimat)
Annual Dinner IFS


Moga persatuan ini terus maju dan diredhai Allah, insya Allah wa biiznillah.. :)
Salam Ukhuwwah daripada keluarga ISLAMIC FRIENDSHIP SOCIETY
Sesungguhnya Muslim itu bersaudara..


Islam Teras Pembangunan Ummah :)








Ahlan Wasahlan ke Blog Rasmi Islamic Friendship Society
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh


Ya Allah, ikatkanlah hati-hati kami untuk berkasih sayang kerana Engkau dan satukanlah hubungan hati ini sehingga ke akhir hayat kami. Ya Allah, permudahkanlah urusan dunianya agar mudah pula urusan akhiratnya. Teguhkanlah hati kami dan himpunkanlah kami menjadi hamba-hamba Mu yang taat kepada Mu. Ameen ya Rabb.

Photobucket